Showing posts with label Writer's Protection. Show all posts
Showing posts with label Writer's Protection. Show all posts
, , , , , , , , , ,

Overview Proses Keseluruhan

Perlu tahu keseluruhan film production process (in general, at least..)

Phase 1: *IDEA DEVELOPMENT

  1. ScriptWriter: initiate the idea; hook dan concept, buat 1-pg sinopsis, draft storyboard.
  2. ScriptWriter: decide to work alone or kerjasama dgn other writer(s) - to improve ataupun tukar konsep
  3. ScriptWriter: submit proposal, sinopsis and pitching to producer/produksi utk tgk budget cost, prospek, potential, etc.

Phase 2: FINANCE DEVELOPMENT
  1. Producer/Produksi: review potensi, cari/allocate sumber fund (selling the rights atau public fund grant)

Phase 3: *SCRIPT DEVELOPMENT
  1. ScriptWriter: sign agreement with Produksi. Need to check-out the payment term - ada produksi yg buat advance payment, like 10% and the remaining to be paid upon completion and acceptance of the final draft.
  2. ScriptWriter: draft 0 on actual script (with given datetime by Producer/Produksi)
  3. ScriptWriter and Producer/Produksi: submit proposal & script to investor/financier to review (pitching process) and speculate (and maybe add/drop some features; later ScriptWriter to re-write)
  4. ScriptWriter: final draft the script and receive payment (by right full payment). Meaning, sblm shooting, ScriptWriter dah cuci kaki, cuci tangan. Only then, ScriptWriter can give Surat Izin Terbit pd produksi.

IMPORTANT!
  • ScriptWriter must alway have do the Langkah Melindungi Hasil Karya everytime the script needs to distribute. Meaning kalau ada 3 draft telah dihasilkan, maka, sepatutnya ada 3 skrip di dalam sampul surat yang berlain tarikh dan masa.
  • <<still not sure about this>> once ScriptWriter received payment, the script own by the produksi. Meaning, produksi/pengarah/pelakon boleh improvise the script content during production.
  • Kalau skrip dibuat untuk drama bersiri/berepisod, ideally, penulisan skrip dibuat ikut stage (by bundle la kot)..like, 50% (13 episod) from the rest of 26 episodes. <<this part aku tak brapa paham lagi cemne dorang segregate dan set timing untuk deliver...need to find out more>>

<<kat mana pula aktiviti treament????>>
<<kat mana pula role Penulis Lakon Layar????>>
<<masa bila pulak nak pi mengadap FINAS????>>

Phase 4: PACKAGING
  1. Pengarah/Produksi: exploit material - buat la iklan, produk merchandise keerr, apa-apa yg bole dijual
  2. Pengarah/Produksi: casting pelakon, hire crew, deal with premise owner (for location), dapatkan permit
  3. Produksi: uruskan finance - budget, prop, transportation, resource, premise, etc.
  4. Produksi/Investor: on-going discuss isu, prospek/potensi, legal matters, strategic plan, etc.

Phase 5: FINANCING
  1. Producer: research story requirement - target audience, lokasi/premis, etc.
  2. Produksi: cross-check dgn legal, insurance, logistik, tranportation, safety
  3. Produksi: apply loan (if necessary) from bank
  4. Produksi: bagi 'Green-light' pada crew utk start shooting once produksi dah ready

Phase 6: PRE-PRODUCTION
  1. FilmCrew: buat storyboard, design la apa-apa features yg patut, buat plan kot kot ada special effect ke - sume atas bajet...
  2. FilmCrew: sediakan jadual shooting - considering lokasi, scene, setting, etc.
  3. Director: buat scene selection and shoot

<<aku mmg x sure apa method dorg guna utk set jadual, and scene selection. Apa yg aku dengar-dengar, kalau scene/lokasi yang sama, dikumpulkan sekali utk buat shooting on same day/night. Kalau benar, this is where the actor punye capability diuji sbb scene akan jumping jumping. Imagine kalau actor tak dpt the whole script - meaning, cemne nak faham the whole story, apalagi nak carry the character & emosi sume bagai tu?? Imagine pulak shooting drama guna bundle script atau stagging script yg confirm tak tau the whole story.. I really don't know how they work!>>

Phase 7: PRODUCTION

  1. Director: fully in charge! bagi command pada SEMUA
  2. FilmCrew: setup scene ikut lokasi, setup prop, makeup, camera, lighting, van, etc.
  3. FilmCrew: editing, sound effect, etc.
  4.  FilmCrew: submit to FINAS for approval

Phase 8: SALES & MARKETING
  1. Sales&Mktg: wrap up dgn final touch iaitu buat trailer utk digembar gemburkan.
  2. Sales&Mktg: dptkan tarikhmasa tayangan, slot, conference, media coverage, interview, internet viral, etc - kasi bising lerrr!

Phase 9: EXHIBITION & DISTRIBUTION
  1. Premier Show utk exclusive audience
  2. High-profile cast/actor attend media conference
  3. promote merchandise, soundtrack album, DVD, considering sequel
, , ,

Surat Akuan Bersumpah

Wujudnya Surat Akuan Bersumpah adalah untuk mengisytiharkan hasil karya dengan tuan milik untuk kali pertama ataupun untuk semakan; secara rasmi.

Rujuk Akta Akuan Berkanun 1960 (shown below). Notice that, ada..
  • ruang untuk nama pengaku 
  • ruang subject matter
  • ayat/pernyataan sumpah
  • ruang tandatangan untuk Pesuruhjaya Sumpah 
Aku rasa, points di atas adalah basic info yang wajib ada dalam mana-mana surat akuan bersumpah. I believe, should be able to improvise and become valid.


Borang Akuan (seperti yang terdapat di dalam Akta Akuan Berkanun 1960)

, , ,

Surat Izin Terbit


Entry ini merujuk kepada blog Mazelan Manan mengenai draft/format surat izin terbit yang dibuat oleh penulis skrip dan dialamatkan kepada penerbit/produksi.

Pada aku, surat ini penting untuk menunjukkan persetujuan antara tuan punya hasil karya dengan pihak penerbit untuk meneruskan proses penyiaran.

Walaubagaimanapun, bagaimana tahap perlaksaan penggunaan surat seperti ini di Malaysia, tidak pula aku ketahu - mandatory ataupun optional.

Sebagai panduan, berikut adalah draft surat izin terbit yang dimaksudkan..

Nama penulis skrip 
Alamat. 
no. telefon. 
Emel 


Kepada:

Nama syarikat penerbitan 
Alamat.

Tuan,
SURAT IZIN TERBIT UNTUK DRAMA........ (tajuk dan kategori drama. contoh, TELEMOVIE ALFATIHAH ataupun drama bersiri NIGINA (26 episod x 60 minit).
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 
Adalah saya, .......................... k/p:.................... penulis skrip drama.....................dengan ini membenarkan pihak tuan untuk menerbitkan drama saya untuk siaran ..........
(stesen tv mana). 
Untuk makluman, skrip ini adalah hasil karya asli saya dan sekiranya berlaku sebarang perkara berbangkit mengenai penerbitan drama ini, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. 
sekian, terima kasih. 

Tandatangan 
Nama 
Tarikh
, , ,

Langkah Melindungi Hasil Karya


Aku jumpa blog Zaini Kosnin yang mencerita tentang kecurian hasil karya. Ada beberapa tips dan langkah diberikan beliau selepas berbincang dengan pihak peguam.

Langkah-langkahnya (with some adjustment) ialah..

1) Sediakan 2 salinan surat akuan bersumpah asal
  • sediakan ruang untuk ditandatangani oleh PESURUHJAYA SUMPAH (in English, COMMISIONER OF OATH) untuk menyatakan bahawa karya tersebut adalah milik kita
  • contoh Surat Akuan Bersumpah 
  • permbikinan surat ini adalah di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 

2) Berjumpa dengan PESURUHJAYA SUMPAH dengan membawa
  • Kedua-dua salinan surat akuan asal untuk ditandangani dan dicop berserta tarikh
  • Hasil karya (iaitu skrip) untuk ditandatangani dan dicop berserta tarikh pada muka hadapan skrip
  • carian PESURUHJAYA SUMPAH, klik di sini [http://www.kehakiman.gov.my/Comissioner/carianCom.php]
  • PESURUHJAYA SUMPAH adalah samada Peguambela & Peguamcara atau Pegawai Awam atau Orang Persendirian yang berdaftar sebagai PESURUHJAYA SUMPAH dengan Mahkamah Persekutuan Malaysia 
  • maklumat kos sebenar proses ini boleh dirujuk terus kepada Pesuruhjaya Sumpah.

3) Salinan #1 (surat akuan dan hasil karya/skrip)
  • dimasukkan di dalam sampul surat 
  • dipos (POSLAJU) kepada nama dan alamat sendiri
  • simpan resit penghantaran sebagai bukti pos (rekod TARIKH dan MASA)
  • setelah tiba, simpan dan JANGAN BUKA SAMPUL

4) Salinan #2 (surat akuan dah hasil karya/skrip) untuk dijadikan rujukan.

5) Mula berurusan dengan pihak lain seperti penerbit, pengarah dsb.

Maklumat lanjut mengenai hakcipta ataupun copyright dikongsi oleh blog KartunisUbi yang disampaikan secara santai dan mudah faham. Secara formal, click Akta Hakcipta 1987 (as at Julai 2012) telah lama wujud.