Dari pembacaan aku..
Mukasurat hadapan ada butiran atau perincian yang tertentu saja.
- Jenis tulisan (font type) - kebiasaannya Courier 12. Gimmick ala-ala mesin taip la tue...
- Penggunaan kertas A4 biasa; bukannya kertas khas - no fancy paper!
- Tiada grafik
Butiran atau maklumat yang ada pada muka surat hadapan (title page)
- TAJUK SKRIP/cerita ditaip pada bahagian atas-tengah (top-centre) dengan tulisan tebal (bold font)
- Dua baris di bawahnya, dan juga pada bahagian tengah, ditulis "Written by"
- Dua baris di bawah seterusnya, dan juga pada bahagian tengah, ditulis NAMA (masukkan co-writer, jika ada)
- Sekiranya skrip adalah adaptasi dari sumber lain, dua baris di bawah seterusnya, ditulis "Based on". Seterusnya, SUBJEK/MATERIAL ditulis pada dua baris berikutnya.
- Pada bahagian bawah-kanan (lower-right), taip butiran penulis seperti alamat, no telefon dan email
- Pada bahagian bawah-kiri pula (lower-left), taip "Copyright" atau "Registered" jika telah berbuat demikian.
Contoh Rangka mukasurat hadapan skrip (Title Page) |
Format di atas adalah standard. Terdapat juga penulis yang menulis butiran penting sahaja.
Apa yang aku faham, keperluan format yang standard ini sangat penting dan digunakan di seluruh dunia. Tujuan, untuk memudahkan pihak lain faham; terutama pada Pengarah Filem, Pelakon dan juga Screenplay Writer.
0 comments:
Post a Comment