Langkah Melindungi Hasil Karya


Aku jumpa blog Zaini Kosnin yang mencerita tentang kecurian hasil karya. Ada beberapa tips dan langkah diberikan beliau selepas berbincang dengan pihak peguam.

Langkah-langkahnya (with some adjustment) ialah..

1) Sediakan 2 salinan surat akuan bersumpah asal
  • sediakan ruang untuk ditandatangani oleh PESURUHJAYA SUMPAH (in English, COMMISIONER OF OATH) untuk menyatakan bahawa karya tersebut adalah milik kita
  • contoh Surat Akuan Bersumpah 
  • permbikinan surat ini adalah di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 

2) Berjumpa dengan PESURUHJAYA SUMPAH dengan membawa
  • Kedua-dua salinan surat akuan asal untuk ditandangani dan dicop berserta tarikh
  • Hasil karya (iaitu skrip) untuk ditandatangani dan dicop berserta tarikh pada muka hadapan skrip
  • carian PESURUHJAYA SUMPAH, klik di sini [http://www.kehakiman.gov.my/Comissioner/carianCom.php]
  • PESURUHJAYA SUMPAH adalah samada Peguambela & Peguamcara atau Pegawai Awam atau Orang Persendirian yang berdaftar sebagai PESURUHJAYA SUMPAH dengan Mahkamah Persekutuan Malaysia 
  • maklumat kos sebenar proses ini boleh dirujuk terus kepada Pesuruhjaya Sumpah.

3) Salinan #1 (surat akuan dan hasil karya/skrip)
  • dimasukkan di dalam sampul surat 
  • dipos (POSLAJU) kepada nama dan alamat sendiri
  • simpan resit penghantaran sebagai bukti pos (rekod TARIKH dan MASA)
  • setelah tiba, simpan dan JANGAN BUKA SAMPUL

4) Salinan #2 (surat akuan dah hasil karya/skrip) untuk dijadikan rujukan.

5) Mula berurusan dengan pihak lain seperti penerbit, pengarah dsb.

Maklumat lanjut mengenai hakcipta ataupun copyright dikongsi oleh blog KartunisUbi yang disampaikan secara santai dan mudah faham. Secara formal, click Akta Hakcipta 1987 (as at Julai 2012) telah lama wujud.

0 comments:

Post a Comment