Proposal bagi Script Writer

Secara keseluruhannya, aku pasti, ada proposal (with its own format) yang datang dari produksi/penerbit filem untuk dibentangkan kepada pihak penyiaran. Untuk penulis skrip, juga, mesti ada proposal untuk mempersembahkan idea atau hasil karya kepada pihak lain seperti penerbit, produksi ataupun individu.

Pentingnya ada proposal adalah untuk..
  • menghuraikan maksud cerita termasuk plot asas, character
  • memperkenalan gaya penceritaan
  • meletakkan sasaran kumpulan penonton
  • membuat pihak lain percaya dengan idea yang dipersembahkan
  • (indirectly membantu produksi) mendapatkan perhatian dan pelaburan 

CONTOH 1

Draft format proposal untuk penulis skrip (contoh proposal yang digunakan oleh Mazelan Manan) yang fokus kepada butiran asas (seperti points di bawah) berdasarkan keperluan pusat penyiaran..
  • stesen - nama stesen penyiaran (rujuk wikipedia Senarai Stesen Televisyen Malaysia)
  • kategori - drama / tele-filem / drama bersiri / sitkom / dokumentari dsb.
  • slot -  nyatakan nama slot di bawah pusat penyiaran; atau cadangan nama slot yang baru
  • tajuk - nyatakan judul cerita
  • durasi - nyatakan tempoh; samada 1 episod X 90 minit, 24 episod X 1 jam, 25 episod X 30 minit; mengikut program pusat penyiaran
  • genre - nyatan samada drama, seram, thriller, komedi, dsb
  • sasaran - tentukan target penonton; samada umum (U), kanak-kanak (U), parental guidance (PG-13), 18SX / 18SG / 18PA / 18 PL (rujuk wikipedia Lembaga Penapis Filem)
  • penulis skrip - nyatakan nama penulis skrip dan hasil karya (prefer judul yang dah established)
  • pengarah - nyatan cadangan nama pengarah (setelah merujuk kepada pihak penerbit/produksi)
  • sinopsis - ringkasan keseluruhan cerita (2-3 perenggan)
  • perwatakan - nyatakan cadangan watak utama dan sampingan
  • sinopsis keseluruhan - nyatakan huraian lanjut cerita dari mula hingga tamat (6-10 m/s)
  • sinopsis episod - huraian setiap episod
  • kesimpulan - nyatakan kenapa cerita ini perlu diterbitkan 

Screenshot part of proposal format

Personally, I think, the format is OK (easy to read) but not enough convincing. Feel like something missing...


CONTOH 2


More info..dapat dari entry Zaini Kosnin


"Kebanyakan format proposal yang perlu disediakan oleh penulis untuk produser sama saja bagi semua televisyen kecuali RTM. Ini kerana sejak RTM memperkenalkan sistem tender, cara penyediaan proposal yang perlu disediakan untuk RTM haruslah mengikut kehendak mereka. Biasanya RTM ada menyediakan format tersebut untuk rujukan penulis dan produser setiap kali tender dibuka. Oleh yang demikian sebaik-baiknya untuk RTM, penulis dan bakal penulis ikut format yang dikeluarkan pada waktu tender dibuka." - Zaini Kosnin

Berikut adalah hasil "cedokan" dari blog beliau (simplified)..

  1. Maklumat Proposal - kategori, judul, stesen, slot, running time, tema, genre, konsep, sasaran
  2. Sinopsis / Storyline - detail cerita, subject yg jelas, main plot, sub-plot
  3. Watak & Perwatakan - senarai watak, calon/cadangan pemain watak
  4. Moral - mesej, moral and pengajaran of the story basically
  5. Cadangan Lokasi - yg bersesuaian (one of the reason that will cause high cost, end-up skrip masuk bakul)
  6. Sasaran Penonton - umum, kanak-kanak, remaja, etc.


Well, still look similar to the 1st ones..


Kalau aku cari contoh Hollywood pulak..

CONTOH 3

<<still searching..>>

4 comments: