Pada aku, surat ini penting untuk menunjukkan persetujuan antara tuan punya hasil karya dengan pihak penerbit untuk meneruskan proses penyiaran.
Walaubagaimanapun, bagaimana tahap perlaksaan penggunaan surat seperti ini di Malaysia, tidak pula aku ketahu - mandatory ataupun optional.
Sebagai panduan, berikut adalah draft surat izin terbit yang dimaksudkan..
Nama penulis skrip
Alamat.
no. telefon.
Emel
Kepada:
Nama syarikat penerbitan
Alamat.
Tuan,
SURAT IZIN TERBIT UNTUK DRAMA........ (tajuk dan kategori drama. contoh, TELEMOVIE ALFATIHAH ataupun drama bersiri NIGINA (26 episod x 60 minit).
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Adalah saya, .......................... k/p:.................... penulis skrip drama.....................dengan ini membenarkan pihak tuan untuk menerbitkan drama saya untuk siaran ..........
(stesen tv mana).
Untuk makluman, skrip ini adalah hasil karya asli saya dan sekiranya berlaku sebarang perkara berbangkit mengenai penerbitan drama ini, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya.
sekian, terima kasih.
Tandatangan
Nama
Tarikh
0 comments:
Post a Comment