Antara Penulis Skrip, Penulis Lakon Layar dan Pengarah Filem

Menurut wikipedia "Penulis Lakon Layar"  
Lakon layar atau skrip ialah cetakan biru atau perancangan yang ditulis oleh penulis lakon layar untuk filem atau rancangan televisyen. Lakon layar boleh terhasil dalam bentuk olahan asli atau adaptasi dari penulisan yang sedia ada seperti hasil sastera. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan di antara lakon layar dan skrip. Sesebuah lakon layar memberi sasaran kepada visual dan seni-seni naratif seperti filem dan televisyen. Manakala sesebuah skrip melibatkan cetakan biru tentang "apa yang terjadi" dalam satu-satu komik, iklan, pementasan teater dan segala bentuk cetakan biru yang lain.
Komponen-komponen utama dalam lakon layar terdiri daripada aksi dan dialog. Aksi merujuk kepada "apa yang kita lihat" dan dialog merujuk kepada "apa yang dilafazkan oleh watak". Watak-watak lakon layar juga boleh diperkenalkan dalam bentuk visual di permulaan cerita.
Lakon layar untuk televisyen kadangkala dirujuk sebagai "lakon TV" atau "teleplay" dalam Bahasa Inggeris.

Aku masih keliru (as highlighted) dengan fungsi sebenar Penulis Lakon Layar (Screenplay Writer). Apa yang aku faham, Penulis Skrip (Script Writer) adalah orang yang menghasilkan rangka cerita sendiri ataupun penerbit/produksi. 

SOALAN

Adakah Screenplay Writer adalah orang yang akan mengolah (re-write) hasil kerja Penulis Skrip untuk kesesuaian Pengarah Filem, Penerbit Filem dan Produksi Filem? Jika YA, which part? Screenplay Writing ada format sendiri?
Apakah perbezaan ketara antara dua roles ini?

Contoh; 

1) filem Embun, arahan Erma Fatima 
2) filem The Red Kebaya arahan Oliver Knott
3) filem Kaki Bakar arahan U-Wei
Sumber: CinemaMalaysia.com.my 

Credit Filem Embun
Credit filem The Red Kebaya




Credit filem Kaki Bakar





















Apapun, dari pengamatan aku, seolah-olah kerjaya bernama "Penulis Skrip" tidak wujud. Penulis skrip sekarang "terlindung" di sebalik nama "Karya Asal" ataupun "Original Story" bagi memelihara keaslian. Screenplay Writer pula adalah pengolah karya asal kepada bentuk filem (visual dan audio) yang kebiasaannya akan menjadi pengarah filem itu; berdasarkan beberapa credit filem-filem yang aku jumpa kat internet.

(Really hope, that, this is not a bad assumption!)

Rasanya, kalau buat filem adaptasi (adaptation), amat memerlukan Penulis Skrip, berbanding Screenplay Writer.

Hmm.. mana pulak aku nak cari contoh skrip filem adaptasi Malaysia... Tup tup, terjumpa filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsuddin, Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusri Halim dan Jarum Halus arahan Mark Tan





PENGARAH FILEM
Sumber: Wikipedia "Pengarah Filem" 
Sutradarapengarah filem atau pembikin filem adalah orang yang bertugas mengarah sebuah filem bersesuaian dengan manuskrip. (Pembikin filem juga digunakan untuk merujuk kepada penerbit filem). Manuskrip lakon layar digunakan untuk mengawal aspek-aspek seni dan drama. Pada masa yang sama, pengarah mengawal petugas atau pekerja teknik dan pelakon bagi memenuhi wawasan pengarahannya.

2 comments:

  1. Lakon layar adalah skrip yang dihasilkan oleh penulis skrip... jika dalam credit title tertulis Pengarah & lakon layar adalah orang yang sama bermakna Pengarah itu juga yang menulis skrip filem tersebut.

    ReplyDelete
  2. Saya mencari penulis sinopsis untuk skrip.. Sila hubungi sy fadzillah ruslee.. http://Www.wasap.my/+60134610986/penulis://www.facebook.com/ellakiroroo

    ReplyDelete