Aku minat dalam bidang penulisan skrip. Tapi, minat saja tak cukup kalau tak ada ilmu pengetahuan dan pengalaman. Aku cuba cari contoh skrip filem Malaysia di internet ini; jumpa; tapi tak lengkap dan tak pulak aku faham. Ada juga aku terjumpa bloggers yang posted "perjalanan hidup seorang penulis skrip", tapi tiada yang benar-benar mencurah tips dan panduan; ataupun dunia sebenar seorang penulis skrip.
Aku ada juga cuba cari contoh skrip filem Hollywood pulak; banyak! Terus terkebil-kebil pulak mata-mata ni..
Jadi, mana-mana sumber yang ada, aku cuba belajar dan faham; dan yang paling penting, praktik.
Agaknya, inilah tempat yang aku boleh kumpul segala macam cara dan panduan untuk penulisan skirp. Tujuan aku adalah untuk rujukan, pendidikan dan mungkin juga kajian.
Aku ni budak baru nak belajar menulis skrip. Meaning, entry dalam blog ni akan dipos/publish randomly - kira cem belajar loncat-loncat lerrr..
Salah dan silap, sila tegur. Berilah cadangan dan/atau komen.
Hmm.. nak mula di mana ya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment